Group Photo : Ajoy, Khaleq, Saya, Akim, Guide, C Fula, Adik Abg Shaff, & Abg Shaf |
Puncak Lianit, 210m asl |
Agak teknikal menuju Puncak Lianit, tiada trek yang available |
Safety First |
XPDC ini terbahagi kepada tiga phase, phase yang pertama ialah masuk ke Gua Madai melihat sendiri proses pengambilan sarang burung. Gerun tengok sebab bumbung gua yang sangat tinggi, jika terjatuh, risiko kematian sangat tinggi. Kami turut dihidangkan aroma istimewa dari najis burung layang-layang yang berada di lantai gua. Sejujurnya ini kali pertama saya masuk ke gua.
Phase ke2 ialah mendaki di sekitar bukit madai & pergi ke puncak ke 3. Kami lewat mendaki dan sudah tentu kami di sajikan dengan cuaca yang panas. Nak pegang batu memang mencabar.Alhamdulillah, sampai juga ke puncak ke-3. Casio Protrek saya menunjukkan angka ketinggian 210 meter di atas paras laut. Nampak macam rendah sahaja, tetapi rasa lah sendiri untuk menikmati 'kerendahannya'. Haha
Sedikit pesanan penaja, pastikan anda well equipped semasa mendaki di Madai, batu agak licin dan batu nya juga tajam. Jika di takdirkan tergelincir, memang agak merbahaya. So persediaan kasut dan mental sangat penting.
Phase ke tiga kami ialah sesi makan-makan. Terima Kasih Azrul Lagani & Mila dengan preparation yang di buat. Penat-penat mendaki, alhamdulillah ada menu menjadi santapan perut di sediakan.
Terima Kasih juga line up XTVT kali ini.
1) Azrul abang sado
2) Akim abang 'sado'
3) Shaf abang pjbt pos
4) adik abg Shaff
5) Khaleq abg Hutan
6) adik khaliq
7) saya heheh
Terima Kasih Guide kami. Sokonglah industri meneroka alam tempatan.
No comments:
Post a Comment