Tuesday, February 7, 2017

Mt Trusmadi via Sinua _ Preparation List

Item / Barang / Preparation
1) Sleeping Bag yang bersesuaian. Kem Site 1 & Kem Site 2 boleh tahan sejuknya di kala malam menjelma. Takkan peluk orang sebelah kan ?
2) Kasut Hiking / Adidas kampung untuk trail yang pelbagai. Bawa sekali selipar jipun supaya kaki dpt berehat semasa di Kem Site 2
3) Rain Coat : terkadang hujan menyapa, sebaik2nya bawa jika tak tahan sejuk semasa air hujan membasahi badan.
4) Headlamp : guna battery baru + bawa sekali batery spare
5) Sarung Tangan / Glove : sgt berguna semasa pendakian tengah malam utk berpaut di dahan /pokok / tali. Tapi check dlu tempat berpaut, boleh tahan berat badan kita or tak.
6) Emergency Kit : Personal First Aid , Mancis , Lighter , Minyak Urut , Yoko-Yoko , Painkiller ( only you know yourself )
7) Jaket / Baju Sejuk : Bawa yang jenis ringan tetapi mampu di gunakan untuk memanaskan badan.
8) Plastik Sampah : simpan semua baju/barangan hiking dlm plastik sampah semasa masukkan ke dalam beg hiking.
9) Air / Bekas Air  / water bladder : bawa bekas air sekurang-nya 1.0L. KS1-KS2 bawa 1.0 L, KS2-Summit-KS 2: 1.0L. KS2 ke KS1 : 1.0 L
10 ) Mosy Guard atau apa2 yang boleh mengelakkan sangpacat datang melekat di kaki. Jgn risau, 1KM sebelum kemsite2 pacat dah bercuti. Tetapi kalau pacat makin kurang on trek, means saiz pacat tu semakkin besar hehe
11) Hati Yang Ikhlas : niat masuk hutan utk melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, semoga berjaya apa yang dihajati, dijauhkan dari perkara yang tidak baik.

Water Point ( sign 11200 m:trail head , 0 m : peak trusmadi  )
1)11200 m - 9200m : trail akan melintas beberapa buah sungai, so mslh air tak wujud.. sedut shja dari sungai tu.
2) 4500m- 5000m : satu waterpoint di sebelah kiri trek
3) 7000 m / Kem Site 2 : 800 m jarak WP ke KS2, guide/porter akan tolong amikkan air utk memasak/bekalan air sendiri.
4) KS2 - Summit : tiada waterpoint, arrange air anda dengan sebaik2 nya.

-Akan di update dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment