Friday, August 12, 2016

Mt Kinabalu Trip... Preparation

1) Kasut : Pastikan kasut mempunyai tapak yang bagus, tidak semestinya kasut hiking/trekking. Adidas Kampung juga adalah di galakkan.
2) Stokin : 2 pcs, satu di gunakan sepanjang xpdc, dan satu backup. Kalau tiada backup, menangis kaki nanti klu kena trekking dengan stokin basah.
3) Personal First Aid : Minyak Gamat, Yoko2, Panadol, & ubat2an yang bersesuaian.
4) Baju Sejuk : Tebal bukan jaminan akan mampu bertahan dengan sejuk. Asal ada sudah memadai..tpi pendaki perlu bijak untuk sentiasa memanaskan badan..tangan & kaki perlu digerakkan sentiasa walaupun tengah traffic jammed.
5) Glove : Waterproof adalah yang paling baik, trek bertali terkadang basah disebabkan oleh hujan. Seksa nanti tangan basah masa mendaki.
6) Headlamp : Sila Test sebelum mendaki, jangan di gunung kinabalu baru nak test. Haha...guna battery baru + bawa battery backup. Masa dah siang kat Peak jgn lupa tanggalkan, nanti org ingat ko masih lagi menyuluh walaupun hari dah siang.
7) Walking Stick / Tongkat : sangat2 di recommend jika ada masalah lutut / BMI overweight. Penyeksaan akan bermula semasa turun. 
8) Rain Coat : Bawa jika rasa akan mendaki dgn ayu. At least dpt membantu utk memanaskan badan semasa hujann. Protect body juga dari hujan. Rain coat 7E sudah memadai.
9) Selipar : nanti dah sampai Laban Rata, makan kat cafe guna selipar..bagi peluang kpd kaki utk merasa udara segar selepas 6KM duduk terkurung dalam kasut.
10)  Skarf/Mafla/Topeng Muka : Semasa pendakian tengah malam, tiupan angin sejuk ibarat penampar rasa nya haha... Boleh la cover2 sikit dari kesejukan tersebut.
11) Tuala Besar / Kecil : jika ada plan nak mandi kat Laban Rata, bawa lah, jika tiada plan..tak payah.  Bawa tuala kecil sudah memadai utk lap apa yang patut.
12) Botol Air : Saiz 500 ml - 1000 ml sudah memadai. Boleh refill di tiap pondok perhentian. Air Gunung yang tidak di rawat...minum atas risiko sendiri.
13) Toiletries : Ubat Gigi, Berus Gigi, Sabun Cuci Muka dll yang di rasakan perlu.
14) Pendaki Wanita :  bawa pad jika rasa jadual period akan tiba semasa mendaki. Harga pad sangat mahal di Laban Rata
15) Power Bank : Kalau rasa awal sampai & tak berebut socket dengan pendaki lain, tak payah bawah hahaha..tpi better bawa la ya.
16) Kamera : Kamera HP pun ok, tpi cuba bayangkan semasa amik gambar kat peak...agak2 tangan boleh touch screen HP tak utk amik gambar ? Hehe. Normally gambar tu ada, kualiti shja yang akan membezakan...tangan yang begegar semasa amik gambar akan menghasilkan gambar y juga begegar. Better bawa action cam, atau camera compact biasa. Kalau rasa tagap, bawa shja DSLR.
17) Seluar Hiking : actually pakai tracksuit pun ok,tapi lagi ok kalau guna seluar hiking. Kat kedai outdoor ada jual, avg prige RM 30-80. Elakkan jeans.
18)  Beg Plastik : isikan semua barang yang di isi ke dalam beg plastik. 
19) Makanan : Coklat, kacang, kurma,kismis & buah-buahan adalah di galakkn.

BTW, kawal berat beg anda... 500 gram boleh jadi 50kg semasa mendaki. Normal berat beg utk gunung kinabalu ialah 8-10 kg per individu. 
SNE | SabahNatureExplorer

No comments:

Post a Comment