Sunday, June 19, 2016

18 June 2016 : Hiking & Sungkai Bukit Tirig, Kg Lapasan, Telipok

 

 

Perancangan tiba-tiba selepas tengah hari. Pendakian & berbuka kali ini di sertai oleh 5 orang pendaki iaitu saya, Che Khalil, Eone, Shahwali, & Mok. Masing-masing mendaki secara individu sebab lain kenderaan & juga lain destinasi sebelumnya. Bukit Tirig agak kurang orang, mungkin disebabkan oleh bulan puasa, jadi ramai memilih untuk berisitirehat. Mendaki semasa bulan puasa tak lah masalah sangat, yang penting tau limit body setakat mana. Lagipun Bukit Tirig tak lah jauh sangat mendaki dari starting point. 15-20 minit insya Allah sampai puncak sudah.

Sesi kali ini kami berbukan macam biasa dan selepas itu solat magrib. Macam mana solat di atas bukit nie? Haha..just make it easy, tau arah kiblat, ada bawa air untuk berwuduk, alas sebagai sejadah dan juga diri sendiri yang perlu suci baik pakaian ataupun anggota badan. So just hampar alas & solat macam biasa. Mudah kan ? Kami turun sebelum solat isyak. Insya Allah kita akan buat trip lagi selepas ini. Edisi santai-santai dan pemanas badan sahaja. Nak hadkur, tunggu selepas ramadhan ya. Assalamua'laikum | Selamat Berpuasa | Never Stop Hiking

No comments:

Post a Comment