Sunday, June 19, 2016

18 June 2016 : Hiking & Sungkai Bukit Tirig, Kg Lapasan, Telipok

 

 

Perancangan tiba-tiba selepas tengah hari. Pendakian & berbuka kali ini di sertai oleh 5 orang pendaki iaitu saya, Che Khalil, Eone, Shahwali, & Mok. Masing-masing mendaki secara individu sebab lain kenderaan & juga lain destinasi sebelumnya. Bukit Tirig agak kurang orang, mungkin disebabkan oleh bulan puasa, jadi ramai memilih untuk berisitirehat. Mendaki semasa bulan puasa tak lah masalah sangat, yang penting tau limit body setakat mana. Lagipun Bukit Tirig tak lah jauh sangat mendaki dari starting point. 15-20 minit insya Allah sampai puncak sudah.

Sesi kali ini kami berbukan macam biasa dan selepas itu solat magrib. Macam mana solat di atas bukit nie? Haha..just make it easy, tau arah kiblat, ada bawa air untuk berwuduk, alas sebagai sejadah dan juga diri sendiri yang perlu suci baik pakaian ataupun anggota badan. So just hampar alas & solat macam biasa. Mudah kan ? Kami turun sebelum solat isyak. Insya Allah kita akan buat trip lagi selepas ini. Edisi santai-santai dan pemanas badan sahaja. Nak hadkur, tunggu selepas ramadhan ya. Assalamua'laikum | Selamat Berpuasa | Never Stop Hiking

Friday, June 17, 2016

Misi Pendakian Secara Day Pack : Gunung Trusmadi via Kaingaran 31 July 2016

 

Insya Allah, SNE dengan kerjasama Sabahan Climber yang di ketuai oleh Kudidiey Jingkung akan meneruskan misi pendakian ke Gunung Trusmadi pada 31 July 2016 ini. Pendakian kali ini akan di sertai oleh 9 orang pendaki ... Berikut LineUP yang telah mengesahkan kehadiran

1) Saidin
2) Elias
3) Vanessa
4) Helin Ajak
5) Jamal Ajak
6) Sanusi
7) Aldreen
8) Jude
9) Ann Herney

Kelainan kepada pendakian kali ini ialah ianya di lakukan secara daypack. Normal pendakian ialah 2 hari 1 malam. Harap cuaca sangat cantik pada hari kejadian.. He He.. Kenapa DayPack

1) jimat masa, jimat cuti
2) bawah 10 km pergi dan balik, insya Allah boleh daypack..boleh bah kalau kau.
3) Mau rasa trail Kaingaran, Sinua sudah....so kita cuba seja la ya hehe..

Sekian Lah Dulu...
Normal  Mission Trusmadi via Sinua tentatif seperti berikut.

30 Sept 2016 : Perjalanan ke Kg Sinua
01 Oct 2016 : Mendaki hingga Kem Site 2
02 Oct 2016 : Mendaki Ke Puncak/Turun ke Kg Sinua/ Balik KK
Call,SMS,Whatsapp saya 013-8013029