Tuesday, August 11, 2015

Mendaki Gunung Silam 08.08.2015, 883m asl. Lahad Datu, Sabah

Kita men masak2 dan makan2 dlu

group photo depan pintu gerbang dulu

dekat seja peak nie..haha

Nah kan sudah sampai..haha
Alhamdulillah, selesai juga misi menggunung Silam kali ini...pertama kali naik Gunung Silam untuk tahun ini. Terima Kasih LineUp dari Kunak, Tawau, Semporna, Lahad Datu & KK.. Haha...berikut timeframe kami sepanjang XPDC

0100pm : Simpang ke Lembah Danum, Gate Bawah Menara Kayangan
0115pm : Naik ke Menara Kayangan
0130pm : Set up api untuk makan dlu..haha...semua belum makan tengah hari, ada yang belum sarapan
0230pm : Makanan dah siap, kita makan dlu..
0330pm : Mula Mendaki, LineUp laju semua..haha
0445pm : Tiba di Puncak, Group Photo, Selfie, Wefie
0530pm : Turun ke Menara Kayangan / Starting Point
0645pm : Last Pendaki sampai di starting point
0700pm : Makan2 dlu, lapar
0800pm : Bersuraiio

Gunung Silam sangat sesuai untuk beginner yang baru berjinak2 dengan hiking. Trek nya sangat baik hati dan tidak sekejam Gunung Lucia..haha.. Hutan pun cantik, Hutan jenis mossy forest di mana berpuluh-puluh periuk kera di jumpai, dan tidak lupa seekor ketam.

Enjoy de video

Sekian, Terima Kasih..jumpa di event akan datang :-)




Wednesday, August 5, 2015

Kembara Alam Hike & Explore Gua Madai, Kunak, Sabah 2 May 2015

Group Photo : Ajoy, Khaleq, Saya, Akim, Guide, C Fula, Adik Abg Shaff, & Abg Shaf

Puncak Lianit, 210m asl

Agak teknikal menuju Puncak Lianit, tiada trek yang available

Safety First
Gua Madai & Mendaki Bukit Madai adalah wish list personal saya tahun 2015, selalu tengok tepi jalan sahaja, tiada kesempatan menawannya di sebabkan oleh tiada contact yang boleh dihubungi dan juga tiada team yang boleh bergerak sama-sama.

XPDC ini terbahagi kepada tiga phase, phase yang pertama ialah masuk ke Gua Madai melihat sendiri proses pengambilan sarang burung. Gerun tengok sebab bumbung gua yang sangat tinggi, jika terjatuh, risiko kematian sangat tinggi. Kami turut dihidangkan aroma istimewa dari najis burung layang-layang yang berada di lantai gua. Sejujurnya ini kali pertama saya masuk ke gua.

Phase ke2 ialah mendaki di sekitar bukit madai & pergi ke puncak ke 3. Kami lewat mendaki dan sudah tentu kami di sajikan dengan cuaca yang panas. Nak pegang batu memang mencabar.Alhamdulillah, sampai juga ke puncak ke-3. Casio Protrek saya menunjukkan angka ketinggian 210 meter di atas paras laut. Nampak macam rendah sahaja, tetapi rasa lah sendiri untuk menikmati 'kerendahannya'. Haha

Sedikit pesanan penaja, pastikan anda well equipped semasa mendaki di Madai, batu agak licin dan batu nya juga tajam. Jika di takdirkan tergelincir, memang agak merbahaya. So persediaan kasut dan mental sangat penting.

Phase ke tiga kami ialah sesi makan-makan. Terima Kasih Azrul Lagani & Mila dengan preparation yang di buat. Penat-penat mendaki, alhamdulillah ada menu menjadi santapan perut di sediakan.
Terima Kasih juga line up XTVT kali ini.

1) Azrul abang sado
2) Akim abang 'sado'
3) Shaf abang pjbt pos
4) adik abg Shaff
5) Khaleq abg Hutan
6) adik khaliq
7) saya heheh

Terima Kasih Guide kami. Sokonglah industri meneroka alam tempatan.