Monday, July 27, 2015

Me'Nabur' di Bukit Tabur East 30 April 2015

Belakang sna Tabur Extreme

Terima Kasih Tabur Guide Beau Helmi... :-)
30 April 2015 : Kebetulan ada tugasan di KL dan juga rupanya pejabat HQ cuti, terpaksa lah mencari idea untuk hike di sini.. sama ada Broga atau pun Tabur.. He he... alhamdulillah terima kasih banyak kepada Kudidiey Jingkung @ Zainuddin Mahali dan juga Beau Helmi berjaya juga mendaki di sini.. Selama ini berkelana di bumi Sabah sahaja.
0500am : Bangun seawal pagi, mandi dan solat subuh. Tiada bawa kasut, syukur lah semalam sempat menapau Eiger Sandals yang specialist utk hike di Nu Sentral. Kami tiba di tempat mula mendaki sekitar jam 0700am, syukurlah KL pagi pagi ni nda jammed, jadi agak mudah sikit tiba di sini. Trek Tabur East agak teknikal sikit di mana kekuatan tangan dan kaki sangat2 di perlukan. Ada part yang bertali dan ada part yang kena rock climbing without safety roof..apa pun sila berhati2.. hehe.

0800am : tiba di puncak Tabur East, terserempak dengan dua orang student UIA yang sedang bersantai2.. setelah sesi photo shooting di peak, kami decide untuk turun dari route yang berlainan. Musim hujan2 agak licin kebetulan trek curam siikit.. so ada la sekali dua kali terguling2 di tanah.. Haha...

0900am : Selesai semua urusan...sarapan pun dah,.. masa untuk balik Hotel sbb flight balik Sabah sebelah petang.. ya, jumpa lagi Gunung-Gunung dan Bukit Bukau di semenanjung tahun hadapan :-)

Tuesday, July 7, 2015

Trip Kepulauan Mabul, Kapalai, Bohey Dulang, Maiga & Sibuan 4-5 April 2015

Trip kali ini di sertai seramai 18-20 orang. Kami menghabiskan masa 5 pulau dalam tempoh dua hari. Agak mustahil untuk menghabiskan 5 pulau dalam satu hari... haha

04 April 2015 :
kami bergerak dri Jeti Umum Semporna sekitar 0930am. Lambat sikit sbb perlu tunggu Ira Uzair dan Daniel yang baru mendarat di aiport Tawau jam 0800am. Alhamdulillah, perancangan berjalan spt biasa walaupun ada sedikit kelewatan. Pulau pertama menjadi pilihan ialah Pulau Mabul. Kami tiba di sini ketika laut sedang cetek, justeru kena trekking di laut sekejap utk ke pantai. Alhamdulillah cuaca baik. Selepas proses snorkelling dan bermain di tepian pantai, kami meneruskan perjalanan ke pulau kapalai... Pulau Kapalai ni agak menarik sebab kita akan snorkel di atas ribuan ikan pelbagai spesis. Harap tiada ikan pemangsa tiba tiba muncul dari bawah laut.
Selepas berakhir di Pulau Kapalai, kami meneruskan perjalanan ke pekan Semporna untuk ke homestay yang telah di book. Aktiviti malam ialah BBQ ikan, sayap dan pelbagai hasil laut y lain. Walaupun aku memangnya hidup dan membesar di laut, ada beberapa spesies baru yang masuk ke tekak leher juga... ha ha ha...
05 April 2015
Aktiviti hari ini di teruskan dengan destinasi seterusnya iaitu gugusan Pulau Bohey Dulang, Maiga dan Sibuan. Pulau2 ini agak menarik dari segi view. Pulau Bohey Dulang perlu hike 600 meter. Dengan keanggotaan xpdc kali ini yang terdiri daripada penakluk gunung kinabalu dan juga marathoner, alhamdulillah semua berjaya ke peak bohey dulang dengan cuaca yang boleh tahan menyengattt...

Terima Kasih Line Up

1) Kasman & Wife
2) Saya....& Wife
3) Pendy Rasyid
4) Kudidiey Jingkung
5) Ira Uzair
6) Daniel Vitalis
7) Mohd Ruzaini
8) Solihan
9) Cate Martini Rashid
10) Kamala
11) Mochelle
12) Loveyanna
13) Hakim
14) Khaliq
15) Ajoy
16) Mila
17) Nurhidayah

Snorkelling @ Pulau Mabul

Snorkell Lagi !

Kecewa nda dpt naik..nasib esoknya dapat naik sudah

Menu Malam... Makan Tpi nda habis

Dari Gunung Kinabalu hingga ke Pulau, sentiasa bersama.

Excited, nda sabar mo naik

Gabung Seja dgn tourist lain yang ada di peak Bohey Dulang sama2