Tuesday, September 9, 2014

Trail UMS Peak

Uncle Joseph / Ampal jadi model utk bergambar di UMS Peak
Kisah terjumpa UMS Peak kerana ingin mencari lokasi yang sesuai untuk training XPDC G.Kinabalu 28 Jan 2014 hari tu... UMS Peak ni bermula dari sebelah UMS Canselori Ketinggian 190m atas paras laut, jarak trek untuk naik lebih kurang 1.2KM. Jika trek untuk naik & turun sama sahaja jika anda menggunakan trail yang sama untuk turun dan naik

Siapa sangka, dalam UMS ada air terjun semulajadi ??? Ya, itulah yang kami jumpa. Sebenarnya trek UMS Peak dalam bentuk bulatan tidak seragam. Selepas dari puncak, lebih kurang 10 meter ada trek ke kanan di bawah pokok buluh. Trek ini agak mencabar kerana ada jambatan yang sudah runtuh dan juga perlu turun dan naik bukit lebih kurang 3-4 kali. Untuk naik ke puncak hanya mengambil masa 30-45 minit, tetapi jika turun ianya mengambil masa lebih kurang 2-3 jam bergantung kepada stamina. Selain daripada itu, aspek keselamatan juga perlu dijaga memandangkan kecerunan dalam trek turun boleh mencecah 60-70 darjah.


Nampak macam line colour hijau utk naik sama jarak dgn line warna merah untuk turun, tetapi hakikatnya line warna merah kena menempuh beberapa bukit dengan kecerunan yang mencabar. Kalau ada masa dan peluang, cuba lah...pastikan kasut ada grip & juga bekalan makanan..Hehe..ketika kepenatan, sebiji pisang amat sedap rasanya.

Gambar Air Terjun UMS Peak ??? akan diupload kemudian. Sementara itu, layan je gambar di bawah.

Anak Tokkek ??? atau Mengkarung..Haha

Laluan Turun Selepas dari Puncak

Monday, September 8, 2014

Meneroka Alam di Gunung Silam, 883m asl 07.09.2014

Trip ke Gunung Silam sudah lama di rancang, cuma kali ini akhirnya menjadi reality dengan penyertaan seramai 5 orang ( Saya, Fazli, Pendi, Lan & Fairul ). G.Silam sememangnya tidak sepopular G.Kinabalu memandangkan aspek ketinggian ( 883 m asl sahaja ) dan juga kurangnya publisiti untuk aktiviti pendakian di sini. Tetapi jangan pandang rendah dengan tahap kesukaran sebab laluan kebanyakannya berlumut & licin sekiranya selepas hujan. Jangan risau, pacat tiada...Hehe. Lokasi G.Silam terletak di simpang masuk ke Lembah Danum, naik menuju ke Menara Kayangan sehingga lah terjumpa Exchange TM beserta beberapa pencawang komunikasi yang lain seperti Maxis dan Celcom.



Trek Pendakian ada dua iaitu Trek Kalung-Kalungan dan Trek Kayangan. Papan tanda utk Trek Kalung-Kalungan menyatakan tempoh pendakian akan mengambil masa 2 jam 45 minit, tapi kami manage utk sampai ke Puncak G. Silam dalam masa 1 jam 30 minit sahaja, kalau berjoging dalam trek, rasanya boleh sampai dalam masa 30-45 minit sahaja... Haha..

Altitud 770 Meter asl, jarak tidak tahu....Hehe

Berikut Jadual kami sepanjang XPDC ini.

1000am : Pintu Depan Menara Kayangan, Tepi Jalan Silam-Lahad Datu
1030am : Mula Mendaki dari Belakang Menara Kayangan
1200pm : Tiba di Puncak G.Silam
1245pm : Bergerak Turun ke Menara Kayangan
0130pm : Tiba di Menara Kayangan
0230pm : Bersurai

Yuran Masuk Hutan Simpan ialah RM5.00, Petugas di Menara Kayangan memaklumkan untuk mendaki perlu ada guide, namun tiada dinyatakan secara bertulis keperluan guide untuk pendakian ini. Justeru, kami mendaki berpandukan tanda arah yang disediakan sahaja. Insya Allah tak sesat sebab setiap 10-50 Meter, ada tanda yang disediakan oleh pendaki sebelum ini atau kakitangan Jabatan Perhutanan sendiri. Bila dah sampai ke Menara Kayangan, barulah tahu perlu ada guide dengan bayaran RM 10 per head ( agak mahal utk tempoh pendakian 3 jam ++ sahaja ). Guide rate utk Gunung Lucia RM 40 per day / per group ( murah n berbaloi ).

Signal HP, setakat line Celcom memang ada kalau menggunakan Trek Kayangan, untuk Trek Kalung-Kalungan macam chipsmore. Trek kebanyakannya di bentuk oleh tumbuhan tanah tinggi. Perkara yang paling berbaloi ialah buat kali pertamanya dapat melihat periuk kera secara live. Selama ini tengok gambar via google sahaja. Hehe
Periuk Kera terbesar yang kami jumpa, panjang sekitar 12-16 inci.

Kami tiba di puncak sekitar 1200pm, sebelumnya kami tiba di puncak tipu..haha..ya, G. Silam ada satu puncak tipu. Kami berehat sekitar 45 minit di puncak. Di puncak ada tanda yang ditaja oleh Politeknik Sandakan, Sistem Solar utk menjana tiang telekomunikasi y kecil (mungkin) dan juga sampah sarap hasil tinggalan pendaki sebelum ini. Hehe..kena buat program CSR ni lain kali.

Puncak Gunung Silam 883 m asl.
Kos Pendakian
1) Yuran Masuk Hutan Simpan RM 5.00 per pax
2) Kenderaan ( Kongsi )
3) Makan Minum Sendirian Berhad RM 10 per pax
4) Guide Jabatan Perhutanan RM 10 per pax

Sekian.