Tuesday, March 3, 2015

Trip Hardcore Gunung Lucia, Tawau 20 Feb 2015

Lama tak pos.. Ha Ha....

Gunung Lucia terletak di Taman Bukit Tawau ( TBT )... Semua urusan pendakian kena di uruskan dengan pihak TBT. Pihak yang menguruskan TBT ialah Sabah Park. Gunung Lucia berketinggian 1200 meter atas paras laut. Jarak pendakian sebenarnya kalau mengikut sign board ialah 13.55KM. Trip kali ini memang agak hardcore sebab pendakian UpnDown sejauh 27KM perlu dilengkapkan dalam masa 12 jam... Ha Ha... Mula2 agak confius, mampu ke atau tak mampu sebab ini adalah Gunung pertama yang saya buat Daily Climb.

Anggota kali ini seramai 14 orang. Menggabungkan pendaki dari KK, Lahad Datu, Tawau & Semporna yang mempunyai cita2 sama iaitu ke Puncak Gunung Lucia dan juga menikmati pendakian yang mula2 nya awesem bertukar kepada trek pacak 1.5KM sebelum puncak. Hazab tak payah cerita, tapi ini yang di cari kan ? Ha Ha...




Pendakian bermula 0830 am dari hostel di TBT.. Team Mochel, Puzah & Emy ( geng lipas kudung ) manage utk sampai hostel sebelum 1200 tgh hari... Mana kala team pak cik2 ( Saya, Pendy, Khaliq & June ) tiba di hostel jam 12.30pm. Kami sudah assign dengan guide, mana2 pendaki yang tiba jam 0100pm ke atas tidak akan dibenarkan mendaki ke puncak memandangkan agak merbahaya jalan dalam hutan dengan suasana yang agak seram. Ha Ha Ha... Team terakhir tetap naik juga ke Puncak sbb, sayang dah dekat.. bagi saya tak da masalah, cuma biasa lah, climb at ur own risk...

Serangan pacat di 1.5KM menuju puncak memang agak gila... di istilahkan sebagai pacat mengkeroyok.. Kalau ada kat kaki, bagi saya perlu biarkan sahaja sebab semasa proses nak larikan pacat dari kaki, mesti ada yang dah berjaya memanjat di kaki sebelah plak. Team 1 berjaya sampai puncak jam 0200pm...dan kami tiba di TBT paling lambat pada 0650pm.. Ha ha...terjumpa babi hutan dalam perjalanan turun, tiba2 kelajuan turun bertambah di sebabkan babi hutan tersebut. Better prevent rather then face to babi.. Dalam hutan, macam2 bole terjadi, sbb itu lah memang mengelak perjalanan malam dalam hutan. Team 2 adalah team paling awesem..hehe.. sbb mereka tiba di hostel TBT jam 1000pm.. He he...itu lah baru nama nya pengalaman yang sungguh indah.. salute with them.

Berikut timeframe aktiviti kami sepanjang 3 hari 2 malam tersebut

19 Feb 2015
0400pm-1000pm : Pendaki check in hostel TBT ( Saya, Ajoy, Kim Na Na, Khaliq, Karmila, Mochel, June, Pikah , Azman, Azhar )

20 Feb 2015
0600am-0800pm : Pendaki Lain Lapor Diri ( Herman, Pendy, Puzah, Emi, Solihan )
0830am : Mula Mendaki ( Stamina masing2, awal dah terbahagi kepada 3 group )
1130am : Group 1 tiba di KM 10.55 hostel lucia ( Puzah, Emi, Mosel )
1215pm : Group 2 tiba di hostel lucia ( Saya, Pendy, Khaliq, June )
0100pm : Group 3 tiba di hostel lucia ( Kim Na Na, Solihan, Azman, Pikah & Herman )

Reverse ke Hostel TBT ( Ajoy & Mila...ehem2 )

0200pm : Group 1 & 2 bergabung tiba di Puncak Lucia, kecuali June tengah tunggu Pikah
0330pm : Group 3 tiba di puncak
0600pm : Pendaki ter awal tiba di TBT ialah Mosel, diikuti oleh Puzah, Emi & Khaliq.. team pacik2 lambat sikit dekat jam 0650pm
1000pm : Group 3 @ Team 2 ; tiba di hostel, tahniahhhhh....awesem team

Tiba di hostel lucia, tapi tidak ke puncak ( Herman & Kim Na Na )

21 Feb 2015
0600am-1000am : Check Out & Santai2...

Sejarah Tercipta
1) Guide TBT yang paling tough pun konon sampai di TBT jam 0700pm-0900pm, tapi team kami manage paling awal jam 0600pm. Mungkin guide tu jalan lenggang kangkung, kalau dia larik semasa naik & turun boleh kc pecah rekod kami.
2) Group pertama yang register untuk daily climb Gunung Lucia...

Sekarang pihak TBT offer untuk Gunung Magdalene ( 34KM UpnDown ). Insya Allah next trip dan juga prefer Daily Climb lagi... He he

Sekian dahulu, gambar banyak2 ada dalam FB Group : Sabah Nature Explorer...