XPDC kali ini dianggotai oleh saya, arool dan juga khaliq, guide kami bernama Sidek. Gunung Lucia terletak di Taman Bukit Tawau atau lebih dikenali dengan nama Table. Terdapat tiga gunung sekitarnya iaitu Gunung Maria, Gunung Lucia dan Gunung Magdalena. Namun hanya Gunung Lucia dibuka untuk pendakian oleh orang awam.
Pendakian kami bermula 0915 am, kelajuan pada awalnya 1KM / 15 minit, namun semakin lama semakin slow dan kelajuan terakhir ialah 1KM / 45 Minit. Mendaki gunung lucia tidak seperti berada di gunung sebab kebanyakan sesi pendakian, kita seperti berada di dalam hutan sahaja memandangkan sepanjang pendakian, pokok pokok yang tinggi dari jenis seraya, cengal dan lain-lain memayungi perjalanan kami. Trek Gunung Lucia adalah trek turun naik, so kena bersedia mendaki dan turun, lepas tu mendaki lagi hinggalah tiba ke hostel di KM 10.55.
Kami gagal ke puncak disebabkan oleh kemunculan rimau ketika pendakian bermula di KM 9.0. Hurm, kalau muncul sekali sahaja tak pa juga, tetapi sehingga ke hostel pak rimau mengekori kami dari kejauhan. Boleh rasa dengusannya. Klimaks nya ialah apabila pak rimau memunculkan diri lebih kurang 300M dari hostel. Pagi 14 Sept 2014, kami memutuskan untuk tidak ke puncak walaupun jarak ada 2.4KM lagi, tak pe lah, puncak Lucia tak kemana juga, yang penting adalah keselamatan kami memandangkan tidur malam sebelumnya kami terdengar ngauman rimau berdekatan hostel. Selebihnya, layan je gambar di bawah. :-)
Pokok Berbuah Warna Warni @ KM 6.8. Spesies tak diketahui. |
Khaliq @ KM 6.5.... Huhu...kami semua penat |
Hostel G.Lucia, hanya kelengkapan asas spt air dan tandas, kalau nak memasak, perlu bawa kelengkapan sendiri |
Sekian, Terima Kasih